بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Persiapan Dan Persediaan Awal Sebelum Pergi Menunaikan Ibadat Umrah Ke Tanah Suci
Ibadah Umrah melibatkan penyatuan antara kegiatan ibadah mental dan fizikal. Maka persiapan dan kesediaan fizikal amat diperlukan sebelum berangkat agar dapat bertahan terhadap keadaan persekitaran yang sangat berbeza dengan situasi di tanah air.
Apabila seseorang telah cukup syarat-syarat yang mewajibkannya untuk menunaikan ibadat Umrah adalah dinasihatkan supaya melakukan Solat Istikharah apabila seseorang itu beNiat pergi ke sana. Langkah ini bukanlah meminta pertolongan Allah سبحانه وتعالى supaya memutuskan sama ada hendak pergi atau pun tidak, tetapi untuk menunjukkan kepada kita beberapa perkara iaitu:

- Adakah hendak pergi haji dahulu atau menunggu pada masa akan datang untuk pergi bersama isteri, suami atau ahli keluarga lainnya.
- Agensi, muasasah atau pakej Umrah yang hendak dipilih, selepas mengutama dan mendahulukan kesempurnaan ibadah daripada kepentingan kemewahan.
Apabila seseorang telah terpanggil atau sudah mahu menunaikan ibadah Umrah, maka hendaklah dia membuat beberapa persiapan dan adalah lebih baik jika persediaan tersebut dapat dilakukan sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum tarikh keberangkatan ke tanah suci. Oleh kerana ibadah umrah selain memerlukan kefahaman mendalam dan penghayatan rohani, ia banyak melibatkan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki seperti Tawaf dan bersaie dan zairah.
Perkara yang perlu dilakukan sebelum berangkat menunaikan ibadah Umrah ialah persiapan awal mental dan rohani terutamanya mesti dititikberatkan supaya pemergian ke tanah suci benar-benar dapat menyucikan jiwa dan menguatkan akidah.
Dalam usaha meraih Umrah yang Mabrur, maka para bakal jemaah diharapkan dapat melakukan pematangan sikap, ikhlas, sabar, saling membantu dan amalan beragama. Hendaklah difahami betul-betul segala perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan ibadah umrah mahupun persiapan rohani dan jasmani (spiritual dan fizikal).
Persiapan Awal Mental Dan Spiritual "RAWAT HATI,RAWAT JIWA"
Membersihkan dan mensucikan diri secara rohani atau spiritual boleh dilakukan dengan cara seperti bertaubat dan memohon ampun kepada Allah سبحانه وتعال, memperbaiki kekhusyukan solat, mengeluarkan zakat dan mohon kemaafan orang lain. Iaitu memperbaiki hubungan dengan Allah سبحانه وتعال dan antara sesama manusia.
1. Syahadah
Perbetulkan iktikad dalam memaknakan syahadah. Biar setiap urat dan saraf kita benar-benar merasai getarannya apabila melafazkan kalimah ‘lailahaillallah muhammadur rasulullah’ kerana Syahadah itu janji hati kepada Allah سبحانه وتعال.
2. Niat Ikhlas
Dalam menunaikan tuntutan Allah سبحانه وتعال untuk mengerjakan Umrah yang diwajibkan ke atas diri seseorang muslim, perlulah dibersihkan hati dari segala cacat cela dengan berniat ikhlas kerana Allah سبحانه وتعال. Jadi niat ini semestinya diselidiki selalu dan diperbetulkan supaya jangan terpesong.
3. Tingkatkan Amalan
Jika sebelum ini amat jarang atau belum pernah melakukan amalan-amalan seperti berzikir, membaca Al-Quran, qiamullai, bertafakkur, bersedekah (wang, harta, tenaga, lisan) dan sebagainya. Maka perlulah dipertingkatkan semua amalan tersebut dengan harapan dapat melakukannya dengan mudah di tanah suci kelak. Jika ketika di Makkah dan di Madinah baru hendak lakukan, maka akan menjadi suatu bebanan dan keterpaksaan yang akhirnya memaksa diri melakukannya juga.
4. Muhasabah Diri
Dekatkan diri kita kepada Allah سبحانه وتعال seperti perbanyakkan istighfar dan sentiasa melakukan Qiamullai seperti melakukan solat-solat sunat seperti Solat Sunat Tahajud, Taubat dan Hajatuntuk membantu kita bermunajat kepada Allah سبحانه وتعالى .
5. Taubat Nasuha
Bertaubat atas kesemua dosa dan kelalaian kita terhadap suruhan Allah سبحانه وتعال serta meninggalkan segala yang makruh dan perbuatan-perbuatan mungkar. Bersihkan diri dari segala dosa dan perbuatan lampau yang telah banyak kita lakukan dengan melakukan Solat Taubat dan memohon keampunan kepada Allah سبحانه وتعالى.
Jika seseorang itu bertaubat daripada dosa kepada Allah سبحانه وتعال, maka hendaklah memenuhi syarat-syarat Taubat Nasuha :
6. Perbaiki Kualiti Solat
Rasulullah ﷺ bersabda: “Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”
Memperbanyakkan solat sunat adalah antara langkah memperbaiki kualiti dan menambah kekhusyukan solat fardhu kita. Dalam solat juga terdapat zikir dan doa yang kita pohonkan, maka berdoalah dengan khusyuk dan yakin.
7. Banyakan Berpuasa
Puasa dapat menundukkan nafsu dan menjadi perisai nafsu manusia, maka perbaikilah kualiti puasa fardhu kita dan banyakkanlah berlatih dan melakukan puasa sunat.
8. Belajar Bersabar
Sifat sabar amat diperlukan dalam melaksanakan ibadah haji, Sikap ini bahkan mulai diuji sebaik seseorang memutuskan untuk berangkat ke tanah suci.
9. Kawal Perasaan
Kesabaran juga berbentuk hubungan kita dengan suami atau isteri atau anak atau sahabat kita sendiri. Ada kalanya pertengkaran antara suami atau isteri dan sebagainya akan sering berlaku apabila tidak dikawal dengan rasa sabar dan syukur.
10. Berinfak Dan Bersadaqah
Lakukan infak dan sedekah dengan hati yang ikhlas. Bersedekah bukan terhad kepada harta dan wang ringgit sahaja, anggota badan, tenaga empat kerat, lisan dan senyuman turut boleh disumbangkan dalam kehidupan seharian. Bersedekahlah membantu orang-orang miskin dan mereka yang memerlukan yang ditemui ketika dalam pejalanan atau jiran-jiran kita bagi melatih diri menjadi pemurah dan melembutkan hati.
Hadis riwayat Asma binti Abu Bakar ra., ia berkata:
Rasulullah ﷺ bersabda kepadaku: “Berinfaklah atau memberilah dan jangan menghitung-hitung, kerana Allah akan memperhitungkannya untukmu.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
11. Hindari Riyak
Elakkan diri dari perasaan riak, ingin dipuji, takbur, sombong merasa hebat dan lain-lain. Berserahlah sepenuhnya kepada Allah سبحانه وتعال dan lakukan semuanya itu dengan taqwa.
12. Meminta Maaf
Mohon maaf kepada orang ibu bapa, suami isteri, anak-anak, saudara-mara, keluarga dan kaum kerabat. Bermaaf-maafan sesama kaum muslimin tidak kira saudara, sahabat atau jiran tetangga samada ada berbuat salah atau tidak dan minta maaf daripada semua orang yang pernah kita lakukan kesalahan terhadap mereka.
13. Tawakal
Tawakal adalah penyandaran hati dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah سبحانه وتعال. Amat perlu ditanam dalam diri dengan sifat bertawakal sebelum berangkat ke tanah suci bagi menghadapi pelbagai kerisauan, kemasalahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan ibadah Umrah, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya dan mendatangkan manfaat kecuali Allah سبحانه وتعال semata.

- Menyesal atas segala perbuatan dosa.
- Segera meninggalkan perbuatan dosa tersebut.
- Berazam tidak akan melakukan lagi dosa-dosa itu.
- Jika berdosa kepada sesama insan, maka hendaklah memohon maaf dari orang tersebut dan jika dia mengambil hak seseorang, maka hendaklah dia memulangkan hak mereka itu.
6. Perbaiki Kualiti Solat
Rasulullah ﷺ bersabda: “Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”
Memperbanyakkan solat sunat adalah antara langkah memperbaiki kualiti dan menambah kekhusyukan solat fardhu kita. Dalam solat juga terdapat zikir dan doa yang kita pohonkan, maka berdoalah dengan khusyuk dan yakin.
7. Banyakan Berpuasa
Puasa dapat menundukkan nafsu dan menjadi perisai nafsu manusia, maka perbaikilah kualiti puasa fardhu kita dan banyakkanlah berlatih dan melakukan puasa sunat.
8. Belajar Bersabar
Sifat sabar amat diperlukan dalam melaksanakan ibadah haji, Sikap ini bahkan mulai diuji sebaik seseorang memutuskan untuk berangkat ke tanah suci.
9. Kawal Perasaan
Kesabaran juga berbentuk hubungan kita dengan suami atau isteri atau anak atau sahabat kita sendiri. Ada kalanya pertengkaran antara suami atau isteri dan sebagainya akan sering berlaku apabila tidak dikawal dengan rasa sabar dan syukur.
10. Berinfak Dan Bersadaqah
Lakukan infak dan sedekah dengan hati yang ikhlas. Bersedekah bukan terhad kepada harta dan wang ringgit sahaja, anggota badan, tenaga empat kerat, lisan dan senyuman turut boleh disumbangkan dalam kehidupan seharian. Bersedekahlah membantu orang-orang miskin dan mereka yang memerlukan yang ditemui ketika dalam pejalanan atau jiran-jiran kita bagi melatih diri menjadi pemurah dan melembutkan hati.
Hadis riwayat Asma binti Abu Bakar ra., ia berkata:
Rasulullah ﷺ bersabda kepadaku: “Berinfaklah atau memberilah dan jangan menghitung-hitung, kerana Allah akan memperhitungkannya untukmu.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
11. Hindari Riyak
Elakkan diri dari perasaan riak, ingin dipuji, takbur, sombong merasa hebat dan lain-lain. Berserahlah sepenuhnya kepada Allah سبحانه وتعال dan lakukan semuanya itu dengan taqwa.
12. Meminta Maaf
Mohon maaf kepada orang ibu bapa, suami isteri, anak-anak, saudara-mara, keluarga dan kaum kerabat. Bermaaf-maafan sesama kaum muslimin tidak kira saudara, sahabat atau jiran tetangga samada ada berbuat salah atau tidak dan minta maaf daripada semua orang yang pernah kita lakukan kesalahan terhadap mereka.
13. Tawakal
Tawakal adalah penyandaran hati dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah سبحانه وتعال. Amat perlu ditanam dalam diri dengan sifat bertawakal sebelum berangkat ke tanah suci bagi menghadapi pelbagai kerisauan, kemasalahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan ibadah Umrah, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya dan mendatangkan manfaat kecuali Allah سبحانه وتعال semata.
Tujuan sebenar kita menunaikan Umrah ialah untuk memperbaiki jiwa. Maka perlulah membuat persediaan awal yang mantap agar mendapat suatu kebaikan yang amat besar daripada ibadat Umrah tersebut.
Setiap hari, keadaan diri kita mestilah lebih baik daripada yang sebelumnya.
Hari ini lebih baik dari semalam dan begitulah seterusnya, iaitu pembaikan yang berterusan.
Oleh itu jemaah perlu secara sedar untuk berniat melakukan persiapan rohani, mental dan spiritual kerana ianya akan membersihkan diri dari segala cacat dan cela.
Dengan demikian kita dapat berangkat dalam keadaan bersih dan suci.
Terlepas dari segala beban duniawi yang akan membebankan fikiran sepanjang perjalanan menunaikan ibadah Umrah.
Usahakan agar perjalanan rohani ini boleh berjalan dengan baik dan lancar serta berharap ibadah Umrahnya mendapatkan redha Allah سبحانه وتعال dan menjadi Umrah yang mabbur.